Luar Negara

Auckland kenakan amaran Tahap Tiga-sekatan pergerakan diperketatkan

Selepas 102 hari tanpa penularan Covid-19

AUCKLAND mengenakan amaran Tahap Tiga, bermula hari ini, selama tiga hari berikutan empat kes Covid-19 melibatkan penularan komuniti semalam, lapor agensi berita Xinhua.

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern berkata, selepas 102 hari tanpa penularan tempatan, New Zealand merekodkan empat kes baharu, jangkitan daripada sumber tidak diketahui.

Ini adalah kes pertama di luar kemudahan pengasingan selepas negara itu mengumumkan kejayaan awalnya membendung wabak berkenaan.

Kes berkenaan membabitkan sekeluarga yang tinggal di Auckland Selatan dan tidak mempunyai sejarah perjalanan antarabangsa.

Ardern berkata pada sidang akhbar, kes-kes itu tidak berkaitan dengan pelancong asing atau orang yang bekerja di sempadan dan menyeru rakyat untuk senantiasa “berjaga-jaga.”

“Tempoh tiga hari itu akan memberi kita masa untuk menilai keadaan, mengumpul maklumat dan mengesan kontak,” kata Ardern. – SM

(Visited 122 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button