Ekonomi

ATPC Peroleh Semula Pematuhan Peraturan Harga Bidaan Minimum Nasdaq

KUALA LUMPUR, 20 Sept. – AGAPE ATP Corporation (“ATPC” atau Syarikat), memperoleh semula
pematuhan keperluan harga bida minimum USD1 di bawah keperluan penyenaraian berterusan Nasdaq Stock Market LLC (“Nasdaq” ).

Berikutan itu, semua isu yang berkaitan sebelum ini telah berjaya diselesaikan.

Pada 17 September 2024, Syarikat menerima notis bertulis daripada Jabatan Kelayakan Penyenaraian Nasdaq yang mengesahkan bahawa harga tawaran penutupan saham biasa syarikat adalah USD1 sesaham atau lebih untuk 10 hari dagangan berturut-turut, dari 30 Ogos 2024 hingga 16 September, 2024.

Sehubungan itu, syarikat telah berjaya memperoleh semula pematuhan Peraturan Penyenaraian Nasdaq 5550(a)(2).

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button