
MANJABerries Perkenal Dua Produk Baharu, Fokus Kesihatan Wanita Pelbagai Usia
MEMBAWA angin segar dalam industri suplemen kesihatan wanita, MANJABerries terus memacu inovasi dengan memperkenalkan dua produk terbaharu yang mengetengahkan formulasi buah-buahan dan tumbuhan sepenuhnya. Acara pelancaran produk terbaharu baru-baru ini bukan sahaja menjadi platform penghargaan kepada pelanggan setia, malah memperkukuh komitmen jenama terhadap kesihatan semula jadi tanpa kompromi.
Menerusi falsafah 100 peratus bahan semula jadi, tanpa gula tambahan mahupun pengawet, dua varian baharu MANJABerries disasarkan memenuhi keperluan pengguna wanita pelbagai usia dan gaya hidup. Menurut pengasasnya, Norhasmiza Md Ghaus, sambutan yang diterima sejak awal pelancaran benar-benar luar jangka – lebih 30,000 botol telah berjaya dijual dalam tempoh kurang lima bulan.
“Ramai pelanggan memohon produk yang lebih ringan dan mesra bajet. Justeru, kami hasilkan MANJA Tab untuk wanita bawah 40 tahun, manakala bagi yang berusia 40 tahun ke atas, kami kekal cadangkan varian asal yang menawarkan kesan lebih optimum.
“Suplemen ini sesuai untuk lelaki dan wanita tanpa had umur, bebas kolagen serta glutathione, dan manisnya datang daripada rasa buah semula jadi,” jelas Miza ketika ditemui pada majlis pelancaran.
Pilihan Produk, Respons Pengguna
Selain MANJABerries Tab, produk baharu MANJABerries XS turut diperkenalkan dengan harga pengenalan RM89, bakal dipasarkan secara rasmi bermula 1 Mei. Formulasi unik dengan bahan seperti acar beri ini dibangunkan khas bagi membantu penurunan berat badan secara sihat dan semula jadi, selepas menjalani penyelidikan selama lebih setahun.
Ujar Miza lagi, produk keluarannya menerima pelbagai maklum balas positif – termasuk pengurangan simptom cyst, buasir, paras gula serta kolesterol yang semakin baik, malah ada pengguna yang tidak lagi perlu menjalani pembedahan selepas penggunaan konsisten.
Walaupun produk laris di pasaran, Norhasmiza masih aktif mempromosikan produknya melalui sesi siaran langsung di TikTok, tiga kali sehari untuk terus berinteraksi dengan pengguna dan memberikan penerangan mengenai manfaat produk.
Husna Mustaffa Sebagai Duta
Dalam perkembangan lain, pelakon dan personaliti media sosial, Husna Mustaffa kini dilantik sebagai duta rasmi MANJABerries selepas mencuba sendiri produk tersebut secara senyap. Menurut Miza, Husna merupakan individu yang amat berhati-hati dalam memilih suplemen, dan keputusan beliau menerima tawaran sebagai duta adalah satu pengiktirafan besar buat jenama itu.
Husna pula berkongsi pengalaman, “Saya memang skeptikal dengan suplemen, tapi setelah mengikuti sesi live Miza di TikTok dan melihat testimoni sendiri, saya tertarik mencuba. Alhamdulillah, banyak perubahan positif termasuk kulit yang lebih lembut dan halus.”
Malah, ketika muncul dalam sesi live TikTok Miza, beliau terus ditawarkan menjadi duta – satu peluang emas untuk bersama-sama membantu memperluas jenama tempatan ini.
Capaian Antarabangsa & Visi Masa Depan
Kini, MANJABerries sudah menembusi pasaran Singapura dan Brunei, serta merancang untuk ke Indonesia dalam masa terdekat. Walaupun menerima banyak permintaan untuk menjadi ejen dan stokis, syarikat masih menangguhkan pengambilan bagi mengekalkan kawalan kualiti.
Setiap batch dihasilkan dalam jumlah terhad, tanpa penyimpanan lama – dengan tekstur dan warna berubah mengikut musim buah, sejajar komitmen terhadap kesegaran dan keaslian.
Bagi masa depan, syarikat merancang menghasilkan video promosi bersama pengarah Wan Hafiz, selain kemungkinan memperluaskan rangkaian ke produk penjagaan kulit apabila tiba masa sesuai.
“Kami kekal dengan prinsip utama – semula jadi, selamat dan berkesan. Bukan sekadar mengikut trend, tapi mahu produk kami benar-benar bermanfaat,” tegas Miza.
Selain varian MANJABerries Advance, syarikat turut menawarkan MANJABerries Sunscreen, Soap, MANJA Tab dan MANJABerries XS, terus komited menyediakan pilihan kesihatan asli untuk pengguna masa kini.