Nasional

Atlet Perahu Layar UPSI cemerlang di ILCA Asian Championship 2022

Pelajar semester satu Diploma Bahasa Inggeris, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Adlina Nasreen Mohd Nasri menjuarai Champion ILCA 6 Women(U19) sempena ILCA Asian Open Championship 2022 yang berlangsung di Pattaya, Thailand.

Nur Adlina Nasreen bersama pingat yang dimenangi.

Dia yang mula terlibat dalam sukan pelayaran sejak berusia 9 tahun turut mengukir kejayaan sempena Champion Ilca 6 Women KSA Youth Sailing Championship 2022, Champion ILCA 6 Women RPDYC Open Regatta 2022 serta meraih pingat gangsa pada temasya Sukan Malaysia ( SUKMA) 2022 yang berlangsung di Kuala Lumpur.

Anak sulung daripada tiga beradik itu berkata hanya dia sahaja dalam keluarga yang berkecimpung dalam sukan pelayaran dan mendapat dorongan datuk saudaranya iaitu pelayar solo Malaysia yang pertama mengelilingi dunia iaitu Datuk Azhar Mansor,” katanya.

Nur Adlina Nasreen secara solo mengawal perahu layar.

Nur Adlina Nasreen yang menanam cita cita untuk mewakili Malaysia dengan menyertai Sukan Olimpik pada masa akan datang berkata dari segi akademik pula, dia berharap agar dapat melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah dalam bidang TESL di UPSI setelah tamat diploma kerana pelajaran dan sukan perlu seimbang kerana “acamedic is number one”.

Dia yang juga bercita-cita untuk menjadi guru bahasa Inggeris sambil menjadi jurulatih berharap sukan pelayaran lebih dikenali dalam kalangan masyarakat malah lebih ramai atlet pelayaran di peringkat antarabangsa dapat dilahirkan di negara ini.

“Sebagai pelajar UPSI, walaupun bersukan saya berharap agar mendapat keputusan dekan setiap semester untuk membuka mata anak muda di luar sana yang walaupun menghadapi kekangan masa yang padat, namun masih mampu menguasai pelajaran dengan baik,”.

Bersama rakan-rakan yang menyertai ILCA Asian Open Championship 2022 yang berlangsung di Pattaya, Thailand.

Dia berharap sukan pelayaran mendapat ruang dan tumpuan dari mana-mana agensi untuk turut berkerjasama mengembangkan sukan pelayaran.

“Berbanding sukan lain, sukan pelayaran menuntut saya berfikir dengan pantas kerana ia sukan yang melibatkan alam semesta yang sukar saya kawal seperti kemahiran membaca arah angin, dan kelajuan arus ,” katanya.

Naib Canselor, Prof Dr Md Amin Md Taff melahirkan kebanggaan dengan pencapaian yang dimiliki oleh Nur Adlina Nasreen yang boleh menjadi contoh kepada pelajar-pelajar lain.

“Walaupun baru pelajar peringkat diploma, namun sudah memperlihatkan pencapaian yang cemerlang dan membanggakan universiti,” katanya.

(Visited 391 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button