Nasional

Aspirasi PROcJAYA akan direalisasikan

ANAK-ANAK yang memerlukan pendidikan khas di sekolah-sekolah tidak dipinggirkan kerana Kementerian Pendidikan (KPM) berusaha menyediakan akses pendidikan yang berkualiti.

KPM akan mengadakan satu sistem yang memberi akses kepada murid-murid yang tergolong dalam kumpulan tersebut iaitu Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK).
Baru-baru ini, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin telah meluangkan masa berjumpa Pengerusi dan ahli Persatuan Orang Kelainan Upaya Putrajaya (PROcJAYA).

Dalam pertemuan tersebut, jelas bahawa KPM sentiasa berusaha untuk menambahbaik kemudahan yang mesra OKU di sekolah dan menyediakan persekitaran yang selamat agar anak-anak istimewa ini berasa seronok berada di sekolah.

“Bagi tahun 2021 dan 2022, Kerajaan memperuntukkan RM95 juta khusus untuk menaiktaraf fasiliti OKU di sekolah-sekolah dan usaha ini akan diteruskan oleh pihak KPM,” ujar Radzi.

Dalam pertemuan tersebut, PROcJAYA mengambil kesempatan berkongsi Aspirasi OKU Putrajaya dengan Radzi untuk menjadikan Putrajaya sebagai bandar yang mesra OKU.

“Insya-Allah saya akan usahakan agar aspirasi yang disuarakan itu dapat menjadi agenda untuk dilaksanakan dengan sebaiknya mengikut keperluan,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button