Berita GajetEkonomi

ASEAN perlu tingkat kemahiran bagi kemajuan pendigitalan.

Kuala Lumpur, 13 Jun (Bernama) Pendigitilan akan menjadi pemacu utama pemulihan ekonomi di ASEAN susulan impak buruk pandemic COVID-19, kata penulis Forum Ekonomi Dunia (WEF) dan Pengurusi Eksukutif Qi Group Datuk Seri Vijay Eswaran.

Beliau berkata pada 2021 misalnya, jumlah pengguna internet di ASEAN meningkat lebih 10 peratus kepada 400 juta orang dan hampir 70 peratus daripada penduduk ASEAN adalah pengguna dalam talian yang mengatasi kadar global pada 60 peratus.

“Nilai ekonomi digital rantau ini pada masa ini adalah lebih USS 100 bilion.

“Bagaimanapun, bagi kebanyakkan rakyat ASEAN, kualiti internet yang buruk serta mahal, masalah peranti digital, kekurangan kemahiran dan kebimbangan mengenai aspek jasminan dan keselamatan telah menghalang usaha bagi meraih manfaat daripda keterangkuman ekonomi digital,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, Vijay berpendapat bahawa ASEAN perlu bertindak meningkatkan kemahiran para pekerja dengan lebih pantas bagi menangani isu kekangan terhadap penerimagunaan digital tersebut.

Malah, katanya terdapat keperluan segera untuk terus menawarkan inisiatif Latihan dan meningkatkan kemahiran bagi memastikan generasi digital ini mempunyai persediaan sewajarnya bagi dunia pasca-pandemik serta tempoh seterusnya.

“Bagi memacu transformasi digital serta seiring dengan norma baharu, kalangan perniagaan juga perlu segera bekerjasama dengan vendor atau perniagaan yang berpendirian lebih maju dan dapat memberi kemudahan secara terjamin bagi tujuan transformasi digital pada hari ini serta mengelak halangan pada tempoh selepas itu.” Katanya.

(Visited 114 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button