NasionalParlimen

ASEAN perlu terus berusaha tangani isu konflik Myanmar-Zambry Kadir

MENTERI Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, ASEAN perlu terus berusaha menangani isu konflik di Myanmar secara bijak dan hati-hati bagi memastikan kestabilan dirantau ini dikenalkan.

Beliau berkata, sekiranya ASEAN gagal menangani situasi di Myanmar secara bersama, ia akan menimbulkan campur tangan kuasa luar yang kini sedang mengintai untuk masuk ke negara itu pada bila-bila masa.

“Sekiranya kita gagal menangani dalam konteks ASEAN, ia akan menimbulkan permasalahan yang datangnya bukan dalam lingkungan ASEAN.

“Sebaliknya ada usaha pihak-pihak tertentu untuk cuba masuk ke Myanmar dan akan berlaku satu perlumbaan dan menguasai geopolitik di kawasan berkenaan,” katanya.

MENTERI Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di Dewan Rakyat, hari ini menjawab soalan berkaitan isu konflik Myanmar dan ASEAN.

Zambry berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen PN-Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang bertanya apakah langkah drastik kerajaan dalam menangani isu konflik di Myanmar di Dewan Rakyat, hari ini.

Ahli Parlimen PN-Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal

“Disebabkan itu, pendekatan yang dibuat dalam konteks Myanmar ini perlu diselesaikan secara ASEAN dan ia tidak boleh dilakukan oleh satu negara sahaja tanpa membincangkan dalam konteks negara ASEAN lain,” ujar Zambry.

Tambah Zambry, ASEAN menyatakan komitmen untuk meneruskan usaha mencari penyelesaian konflik Myanmar menerusi pengukuhan Konsensus Lima Perkara (5PC) ASEAN yang dipersetujui pada Februari lalu.

Sementara itu, Zambry turut menjawab soalan tambahan yang diajukan oleh Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) mengenai cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk carve out Myanmar susulan konflik yang melanda.

Zamry menjelaskan, ia tidak bermaksud mengeluarkan negara itu daripada negara-negara ASEAN.

GAMBAR HIASAN – CARIAN DI GOOGLE KOMPAS.COM

BACA https://suaramerdeka.com.my/7-pati-warga-indonesia-3-wanita-mynmar-ditahan-batalion-4-pga-semenyih/

BACA JUGA https://suaramerdeka.com.my/sistem-kebajikan-malaysia-lemah-punca-kanak-kanak-mynmar-meninggal/

Sebaliknya, kata Zambry, perkara yang dinyatakan oleh Perdana Menteri itu bermaksud, beliau mahu negara ASEAN lain tidak menjadikan isu Myanmar sebagai isu utama sehingga melupakan keutamaan lain dalam mengukuhkan rantau ini.

“Ada keutamaan lain yang perlu diberikan perhatian terutamanya hubungan konteks ekonomi ASEAN.

“Dan dalam masa yang sama, kita perlu kukuhkan usaha berdasarkan 5PC ASEAN yang dipersetujui kerana ia mempunyai matlamat jangka pendek dan panjang untuk diteruskan,” jelasnya.

Katanya lagi, “kita perlu teruskan usaha dan jangan kecewa kerana kita perlu elakkan isu Myanmar ini menjadi satu lagi flash point atau punca Meletus sengketa di rantau kita dan insya-Allah ia tak berlaku.”

BACA https://suaramerdeka.com.my/sistem-kebajikan-malaysia-lemah-punca-kanak-kanak-mynmar-meninggal/

BACA https://suaramerdeka.com.my/kenapa-malaysia-perlu-usir-rohingya/

BACA ARTIKEL https://www.sinarharian.com.my/article/205133/global/myanmar-hampir-700000-rakyat-hilang-tempat-tinggal-akibat-konflik

PAUTAN https://donate.unhcr.org/my/en-my/general?gclid=EAIaIQobChMImJf6nefp_QIV8JJmAh3isAO5EAAYASAAEgLCYfD_BwE&gclsrc=aw.ds

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button