Luar Negara

AS melepasi 350,000 kematian berikutan COVID-19

Menurut data Universiti Johns Hopkins, Amerika Syarikat (AS) telah melepasi 350,000 kematian berikutan COVID-19 walaupun vaksin sudah pun mula diagihkan kepada orang ramai.

Negara-negara di seluruh dunia semakin memperketat kawalan pergerakan, perintah berkurung, melarang perjumpaan besar dan bahkan menghentikan penjualan alkohol untuk mengatasi kenaikan kes COVID-19.

Pegawai-pegawai di AS pula mengumumkan beberapa kemajuan berikutan kempen imunisasi yang semakin giat dijalankan kerana kadar jangkitan terus meningkat di segenap dunia.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit di AS mengatakan negara itu telah memberikan lebih daripada 4.2 juta dos vaksin COVID-19 di seluruh negara dan telah mengagihkan lebih daripada 13 juta dos.

AS terus menerajui dunia dengan lebih dari 20 juta jangkitan, kira-kira satu perempat daripada 84.5 juta kes COVID-19 di seluruh dunia, menurut Pusat Sumber Johns Hopkins Coronavirus.


Pusat Sumber Johns Hopkins Coronavirus juga melaporkan sejumlah lebih dari 350,000 kematian di AS terjadi sejak wabak itu bermula.

Sekiranya AS masih lagi memandang isu tentang COVID-19 sebagai satu isu yang enteng, tidak mustahillah kenaikan dalam kadar kematian di tempat mereka akan terus berlaku.

(Visited 30 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button