HiburanNasional

Artis dijangkiti Covid-19, keputusan tangguh aktiviti hiburan sedang dibincang

KERAJAAN akan berbincang dengan Kementerian Komunikasi Dan Multimedia (KKMM) berkenaan keputusan untuk mengangguhkan sebarang aktiviti hiburan.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, perkara itu timbul selepas seorang artis dijangkiti Covid-19.

“Saya ada mendengar berkenaan seorang artis yang dijangkiti Covid-19 dan kini sedang di rawat.

“Buat masa sekarang, Kementerian Kesihatan (KKM) sedang meneliti sama ada jangkitan itu berlaku ketika dia membuat persembahan atau pun di luar,” katanya dalam sidang akhbar harian hari ini.

Menurut Ismail, ada banyak punca artis itu boleh terkena jangkitan sama ada di rumahnya sendiri ataupun kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Jelasnya, berkemungkinan besar yang jangkitan itu berlaku di luar dan bukannya ketika artis itu terlibat membuat persembahan baru-baru ini.

“Daripada segi penangguhan aktiviti hiburan dan sebagainya, perkara tersebut adalah terletak di bawah KKMM.

“Kita akan bawa perkara ini dan berbincang dengan KKMM sama ada perlu penangguhan melibatkan aktiviti hiburan atau tidak,” katanya.

Semalam, penyanyi, Alif Satar memberitahu yang dia kini telah dijangkiti wabak Covid-19 dan sedang menjalani kuarantin di hospital.

Keputusan itu diketahui kira-kira dua hari selepas dia membuat persembahan di pentas separuh akhir Muzik-Muzik menerusi lagu I Want You To Love Me. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button