Nasional

Peniaga dibenarkan beroperasi sehingga pukul 12 tengah malam

SEMUA restoran, kedai makan dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi sehingga pukul 12 tengah malam bermula esok.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat susulan daripada aduan orang ramai yang ingin tempoh tersebut dilanjutkan.

“Saya ada terima aduan daripada orang ramai terutamanya orang Islam yang ingin waktu operasi kedai makan dan restoran dilanjutkan.

“Ini kerana orang Islam terutamanya mula keluar ke restoran dan kedai makan selepas waktu Isyak. Jadi waktu untuk mereka ke kedai makan itu terhad.

“Malah, ada juga peniaga memulakan perniagaan mereka pada lewat petang,” katanya dalam sidang akhbar harian hari ini.

Menurutnya, selepas berbincang, kerajaan setuju untuk membenarkan restorand an perniagaan lain seperti kedai serbaneka untuk beroperasi sehingga pukul 12 tengah malam.

Tambahnya, kebenaran itu akan dikuatkuasakan bermula esok.

Mengikut kepada prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sebelum ini, semua operasi perniagaan dibenarkan sehingga pukul 10 malam sahaja. -SM

(Visited 193 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button