Nasional

Arahan kerja di rumah (wfh) di Selangor, WP kekal – Ismail Sabri

SELURUH penduduk di daerah Teja, Kampar, Perak boleh menarik nafas lega apabila Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sepatutnya berakhir pada 20 Disember ini, ditamatkan lebih awal lagi iaitu bermula esok.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD di lokaliti itu bermula pada 7 Disember lalu.

“Pihak KKM telah menjalankan  410 ujian saringan bersasar dengan 43 kes Covid-19 direkodkan, 41 kes positif Covid-19 di institusi Rumah Pengasih dan tiada kes dalam komuniti.

“Selepas mesyuarat, kita putuskan ditamatkan perintah PKPB di Mukim Teja pada 10 Disember, esok. Lebih awal dari tarikh dijadualkan,” kata Ismail Sabri pada sidang akhbar harian yang disiarkan secara langsung sebentar tadi.

Beliau juga berkata, PKPD Mukim Seluang, Kedang membabitkan beberapa taman termasuk Taman Halia, Taman Sawi.

“Sebanyak 2,282 ujian saringan bersasar dilakukan dan 177 kes kumulatif direkodkan. KKM mengesahkan ada 128 sampel saringan yang masih tunggu keputusan.

“Penilaian risiko dan atas nasihat KKM, PKPD di mukim ini disambung selama 14 hari hari lagi iaitu bermula 11 Disember sehingga 24 Disember,” ujar beliau.

Walau bagaimanapun, kata Ismail Sabri, Taman Sawi dikeluarkan daripada PKPD sebab tiada kes positif tetapi tertakluk kepada PKPB.

Beliau berkata, pengesahan KKM terdapat peningkatan kes Covid-19 di Amber Court , Ria Apartment dan Rumah Kongsi Kampung Semaut di Bentong, Pahang.

“Bermula 6 Disember sehingga hari ini, terdapat 55 kes positif Covid-19 yang direkodkan dengan majoriti pekerja terdiri daripada warga asing di lokaliti ini.

“Kita dapati di lokaliti ini, berisiko tinggi berlaku penularan Covid-19 kerana kapasiti penduduk padat. Oleh itu, KKM bersetuju melaksana PKPD  pada 10 Disember yang membabitkan 4,351 orang penduduk,” katanya sambil menambah, saringan bersasar dilakukan ke atas penduduk berkaitan dan SOPnya tetap sama.

Pada sidang akhbar yang sama, PKPD yang dikenakan ke atas Taman Telipuk Ria Tuaran, Sabah, sebanyak 8,186 saringan dilakukan.

“KKM merekodkan 493 kes kumulatif positif di sini. KKM mengesahkan ada baki 1,386 sampel saringan yang masih menunggu keputusan.

“Oleh itu, atas nasihat KKM , PKPD di Taman Telipuk Ria, Tuaran, dilanjutkan, bermula 11 Disember sehingga 24 Disember,” katanya.

Saringan bersasar dan besar-besaran, kata Ismail Sabri lagi, akan dilakukan di Central Spectrum Sektor A, Pulau Indah, esok, 10 Disember yang membabitkan 45 syarikat, 102 premis dan lebih 1,200 penghuni dengan Sektor A diberi keutamaan.

Menjawab soalan pemberita di lapangan pada sidang akhbar tadi berhubung dengan arahan bekerja di rumah atau work from fome (wfh), Ismail Sabri berkata:

“Wfh kekal seperti yang lama bagi Selangor dan Wilayah Persekutuan yang melibatkan 1 juta penduduk kerana Selangor dan Wilayah masih zon merah iaitu PKPB.

“Lain-lain negeri, belum dimaklumkan. Saya tidak pasti sama ada negeri-negeri lain dipanjangkan ke tidak,  negeri yang dikenakan PKPB. Kita akan bincang dengan Miti untuk keputusan seterusnya.”

Ismail Sabri juga mengumumkan, MAEPS di Serdang yang dijadikan pusat kuarantin, tetapi ditutup pada Julai lalu, akan diaktifkan semula ekoran peningkatan kes mendadak. – SM

(Visited 350 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button