
Apple Watch Dengan Kamera Dijangka Hadir Seawal 2027
Apple sedia dikatakan akan menyertakan kamera pada AirPods, sekaligus melalui sokongan Virtual Intelligence, ia boleh mengetahui persekitaran, dan memberikan maklumbalas kepada pengguna dengan konteks lebih baik.
Selain kamera pada AirPods, Apple kini dikatakan turut ingin mengintegrasikan sokongan kamera pada Apple Watch. Kamera mungkin diletakkan disebalik skrin seperti pada iPhone, sekaligus membolehkan pengguna menggunakan ciri Virtual Intelligence bersama jam tangan pintar berkenaan.
Ia sekaligus akan menjadikan peranti pelengkap untuk penggunaan kecerdasan buatan, dalam memberikan konteks berasaskan persekitaran seseorang pemakai. Langkah ini juga dijangka menjadi sebahagian daripada kaedah Apple memfokuskan kepada penawaran kecerdasan buatan melalui peranti mereka.
Menurut laporan Bloomberg, Apple mungkin memperkenalkan Apple Watch dengan kamera ini seawal 2027 kelak, selari dengan pengenalan AirPods dengan kamera.
Sumber : Amanz