Politik

Apa yang dipertikaikan adalah penggunaan sijil halal palsu

APA yang dipertikaikan oleh umat Islam l berhubung sandwic ‘ham & cheese’ yang dijual di kampus Universiti Malaya (UM) adalah penggunaan sijil halal palsu

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata,  isu yang dipertikaikan oleh orang ramai khususnya umat Islam adalah penggunaan sijil Halal yang palsu pada produk itu dan bukannya maksud ham atau cheese.

“Isunya ialah sijil Halal yang palsu, bukannya maksud ham and cheese. Mereka yang prihatin dengan sijil Halal ini ialah umat Islam yang mahukan makanan yang dimakan benar-benar diiktiraf Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Jika tiada langsung sijil Halal, itupun tiada masalah, terpulang kepada pelanggan untuk buat keputusan. Tapi bila guna sijil Halal palsu, itu bermaksud menipu atas nama halal,” katanya dalam kenyataan di media sosial.

Beliau turut mempersoal dan meminta Ahli Parlimen Teluk Intan yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming itu menjawab siapa sebenarnya bodoh (real idiot).

Kor Ming telah menyentuh isu kontroversi yang timbul berhubung sandwic ‘ham & cheese’ yang dijual di kampus UM selepas logo Halal didakwa disalahgunakan pada sandwic yang telah siap dibungkus.

Beliau menyindir pihak-pihak tertentu yang dituduhnya membesar-besarkan perkara ini, dengan menyatakan bahawa ‘ham’ hanya merujuk kepada daging yang telah diawet.

“Kita ada ham ayam belanda dan ham ayam, yang sesuai untuk dimakan. Begitu juga dengan root beer, yang dibuat daripada akar sassafras yang tidak mengandungi alkohol dan baik untuk diminum.

“Menjadikan perkara ini sebagai isu hanya menunjukkan siapa sebenarnya yang bodoh,” katanya pemimpin DAP itu secara celupar dalam satu hantaran di X.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button