Nasional

Apa motif Dong Zong, Jiao Zong perkukuh hubungan dengan China?

TINDAKAN Persekutuan Lembaga Sekolah Cina Malaysia Dong Zong, Jiao Zong menjalin hubungan dengan China dalam pendidikan menimbulkan persoalan.

Ini kerana intipati yang diketengahkan adalah berkaitan hal pendidikan Cina dalam sekolah pendidikan vernakular itu didapati bertentangan dengan dasar kebangsaan.

Dong Zong dan Jiao Zong tidak wajar menerima pujian daripada Duta China yang mengangkat Malaysia sebagai negara yang memelihatan pendidikan Cina dengan sempurna sedangkan majoriti bangsa di negara ini adalah Melayu.

Selain, Malaysia, negara yang memeliharan pendidikan Cina adalah seperti Taiwan, Hong Kong dan Macau.

“Apakah ‘sokongan’ khas dari negara China ini menjadi penyebab pemimpin negara takut untuk ambil apa-apa tindakan terhadap kebiadapan mereka selama ini, walau siapa pun yang menjadi kerajaan?

“Apakah ada kebimbangan-kebimbangan diplomasi dan tekanan dari negara China?

“Tidak mustahil kerana ada pemimpin politik kerajaan yang menggunakan hujah yang sama untuk mempertahankan ‘restoran komunis’ baru-baru ini.”

Kata Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Aminuddin Yahaya, dalam satu kenyataan hari ini, mengulas tujuan Dong Zong dan Jiao Zong menjalin hubungan dengan China.

Sebelum ini, portal berita IsmaWeb melaporkan Dong Zong dan Jiao Zong mengadakan perjumpaan secara dalam talian dengan Duta China ke Malaysia, Ouyang Yujing bagi meningkatkan persefahaman.

Selain itu mereka juga dilapor mahu menjalin kerjasama selain membincangkan pelbagai topik berkaitan pendidikan.

Perjumpaan itu turut disertai wakil dari Universiti Merdeka Berhad dan Alumni Bekas Pelajar Malaysia di China (Liu Hua).

Tambah Aminuddin yang juga Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), tindakan tersebut tidak mustahil menjadi penghalang kepada agenda memansuhkan sekolah vernakular.

“Jika begitu, apakah yang akan terjadi dalam kes mencabar keabsahan sekolah vernakular melalui mahkamah nanti?

“Sokongan negara China terhadap Dong Zong ini boleh dikatakan berani kerana tidaklah munasabah sesebuah negara luar suka-suka sahaja menunjukkan sokongan kepada sebuah organisasi yang banyak melukakan hati rakyat Malaysia.

“Mala pengasasnya pernah dilucut kerakyatan suatu ketika dahulu kerana perlakuan-perlakuan derhaka.

“Jika benarlah semua telahan saya ini manakala pemimpin-pemimpin negara masih lagi memandang sebelah mata akan isu pendidikan vernakular ini.

“Maka, saya merasakan sampai bila-bila sistem pendidikan negara akan berada di takuk lama,” tegasnya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button