Nasional

Ujian Rapid Antigen serendah RM30 untuk penduduk di Port Dickson

PENDUDUK di Port Dickson berpeluang menjalani saringan Covid-19menggunakan kit Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) dengan bayaran serendah RM30.

Pejabat Ahli Parlimen Port Dickson dalam satu kenyataannya hari ini memaklumkan, tawaran berkenaan dibuat bertujuan meringankan beban rakyat selain bagi mencegah penularan Covid-19.

“Inisiatif ini mendapat kerjasama syarikat Selgate Corporation. Tarikh untuk menjalani ujian ini akan dimaklumkan kelak.

“Untuk maklumat lanjut, masyarakat boleh menghubungi pejabat Parlimen di pd132.wasap.my dan pendaftaran boleh dibuat di laman sesawang Parlimen Port Dickson di www.parlimenpd.com,” menurut kenyataan itu. – SM

(Visited 130 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button