Nasional

Apa khabar Bakul Prihatin?

SEMINGGU yang lalu berlarutan kisah jawatan Perdana Menteri yang dinoktahkan semalam apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan yang disandangnya selama 18 bulan 14 hari.

Peletakan jawatan dinyatakan melalui warkah kepada Yang di-Pertuan Agong,  Al-Sultan Abudllah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah  yang disampaikan semalam di Istana Negara yang mana, sejurus menerima watikah tersebut, Agong menitahkan agar Muhyiddin menjadi Perdana Menteri caretaker mengikut apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Susulan itu, ramai yang tertanya-tanya, apa jadi pada program Bakul Prihatin Negara?

Kata Datuk Seri Rina Harun, “Bakul Prihatin Negara bukan sekadar bakul makanan. Ia merupakan pencetus pelbagai bentuk sumbangan lain kepada rakyat.”

Beliau berkata, melalui Bantuan Prihatin Nasional (BPN), denyut nadi rakyat diselami.


“Fokusnya bukan semata-mata kepada mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19 namun isu-isu masyarakat lain,” katanya dalam bebenang Twitter. – SM

(Visited 108 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button