Anwar tiba di Bangkok untuk lawatan rasmi dua hari
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Bangkok untuk memulakan lawatan rasmi dua hari ke Thailand.
Ketibaan Perdana Menteri yang diiringi isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kira-kira pukul 1 tengah hari, disambut Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Luar Thailand, Don Pramudwinai yang mewakili kerajaan Thailand.
Turut berada di lapangan terbang menyambut ketibaan Perdana Menteri adalah Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad serta Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel.
Anwar akan memulakan lawatan rasmi dengan perjumpaan bersama diaspora Malaysia di sini pada majlis minum petang di Hotel Shangri-La di sini, sebelum berangkat ke ‘Government House’ untuk menyuarat dua hala bersama Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan o-cha. – SM