BeritaPolitik

Anwar setuju Mahathir tidak campur tangan

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap tuduhan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad masuk campur kes SRC adalah sebagai tidak berasas.

Anwar berkata, tuduhan dibuat oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam bahawa Dr. Mahathir campur tangan dalam kes babitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah hanyalah tuduhan tidak berasas.

“Dia boleh buat tuduhan, tetapi proses keadilan berjalan dengan bersih dan bebas,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau juga tidak mahu terlibat kerana hakim telah mengarahkan Najib supaya membela diri dan proses undang-undang sedang berlangsung.

“Saya tidak rasa tuduhan ini patut dilayan kecuali mereka tampil dengan fakta dan bukti,” katanya.


Dr. Mahathir sebelum ini menafikan terlibat campur tangan dengan kes Najib yang berdepan dengan tujuh tuduhan menyeleweng sejumlah RM42 juta daripada dana SRC

(Visited 17 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button