Politik

PRK Tanjung Piai: Harapan Baharu dan politik matang

Oleh Jazimin Zakaria

Tanjung Piai merupakan PRK yang ke-9 selepas PRU 14 pada Mei 2018. Sepertimana dalam PRK lain sebelum ini kebanyakannya merupakan pertembungan dua parti komponen dominan iaitu PH dan BN kecuali di Port Dickson.

Dengan komposisi Melayu 56.8%; Cina 41.64%; India 1.01%; Sabah 0.08%; Sarawak 0.08%; Orang Asli (Semenanjung Malaysia) 0.01% dan lain-lain 0.38% pastinya mewujudkan cabaran dengan peletakan calon yang sesuai dan mampu menarik pengundi dari pelbagai kaum.

Dengan pertembungan enam calon dari pelbagai parti politik termasuk BN, PH, GERAKAN, Bebas dan berjasa telah menjadikan PRK Tanjung Piai kelihatan sengit.

Namun begitu kemenangan akhir sudah pasti bagi calon yang mampu meraih sokongan dengan isu-isu semasa yang dekat di hati mereka.

Selain itu PRK kali ini menjadikannya lebih menarik apabila ia turut menjadi indikator sokongan rakyat kepada PH selepas setahun lima bulan pentadbiran PH serta penilaian kepada pencapaian mereka.

Dengan berbekalkan rekod lama 39.7% (21,255), Wee Jeck Seng cuma tewas kepada Md Farid Md Rafik (PH – PPBM) sebanyak 39.7% (21,255) juga bermaksud kekalahan tipis dengan majoriti 524 pengundi sekali gus menjadikan MCA berkeyakinan untuk menang di sini.

Oleh yang demikian pertembungan antara Haji Karmaine Sardine dengan Wee Jeck Seng menjadi tanggungan yang berat kepada PH dan BN.

PRK kali ini seperti kebiasaan selepas beberapa kali tewas dalam siri PRK lepas menyebabkan tokoh-tokoh besar PH bertaraf menteri sanggup turun berkempen.

Pengisian kempen kedua-dua belah pihak menyajikan review kepada manifesto yang perlu dilunaskan seperti mana termaktub dalam manifesto PRU 14.

PH semestinya menerima tekanan yang hebat dengan perlu menjawab persoalan kejatuhan harga sawit serta isu peningkatan kos sara hidup.

BN sudah pasti menyajikan kempen yang beroreintasikan masalah sosioekonomi dan pertikaian terhadap pelunasan manifesto PH yang masih belum selesai sepenuhnya sehingga ke hari ini.

Dari sudut politik sudah pasti BN dikecam kerana meletakkan calon MCA selepas pembentukan piagam Muafakat Nasional pada Himpunan Penyatuan Ummah di PWTC September kelmarin.

Penyokong Pas dan UMNO mula dilanda dengan pelbagai perasaan yang berbelah bahagi berikutan dengan keputusan tersebut.

Hal ini menjadi cabaran yang agak besar dengan pengundi parti atas pagar yang masih lagi ragu-ragu dan kurang faham dengan strategi pemimpin-pemimpin mereka.

Bagi PH yang perlu mempertahankan kerusi tersebut, slogan Malaysia Baharu sering diuar-uarkan sebagai asas pentadbiran mereka pada hari ini serta mendapat sambutan dari rakyat pelbagai peringkat.

Justeru mereka hanya perlu mengikat kepercayaan penyokong dengan isu-isu nasional yang lebih penting serta naratif penyelewengan BN semasa berkuasa menjadi kerajaan.

Walaubagaimanapun sosialisasi politik oleh kedua belah pihak adalah penting untuk menunjukkan kematangan mereka berpolitik.

Politik pembangunan merupakan elemen yang sering digunakan dalam setiap kempen teruatama sekali pihak kerajaan yang sedang berkuasa.

Pihak lawan pula bertindak sebagai pengkritik tegar kepada dasar awam yang telah atau belum terlaksana oleh pihak kerajaan.

Namun perkara pokok yang sangat penting ialah kematangan dalam menilai isu dan respon terhadap prestasi dasar parti pemerintah.

Rasional dan emosi akan menjadi asas dalam memberikan undi pada 16 November nanti.

Maka harapan baharu bukan untuk rakyat tetapi lebih dari rakyat kepada parti politik untuk melihat penggubalan dasar yang lebih berkesan ataupun bukti tahap keyakinan pengundi Tanjung Piai terhadap parti pemerintah.

Penulis adalah Pensyarah Kanan di UiTM Raub, Pahang. Penulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan bukan mewakili pandangan rasmi Suara Merdeka.

(Visited 233 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button