Politik
Anwar saman Sanusi
KUALA LUMPUR 13 Dis. – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman terhadap Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung ucapan pilihan raya dalam kempen ceramah Menteri Besar Kedah itu pada 13 November lalu yang didakwa berunsur fitnah.
Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) selaku plaintif memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Alor Setar, Kedah itu pada Selasa melalui firma guamannya, SN Nair & Partners dengan menamakan Muhammad Sanusi sebagai defendan tunggal.