Ekonomi

Anwar Ibrahim sokong pengeluaran KWSP

KETUA Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong gesaan agar kerajaan membenarkan pengeluaran dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terutama kepada mereka yang bergelut untuk memenuhi keperluan hidup.

Beliau berkata, pencarum harus dapat mengakses dana mereka secepat mungkin tanpa sebarang halangan dan masalah birokrasi.

“Terdapat tekanan yang semakin meningkat daripada orang ramai yang mahu kerajaan membenarkan pengeluaran KWSP,” katanya hari ini dalam catatan Facebook.

Tambahnya, beliau mendengar banyak aduan semasa kempennya di Johor daripada orang ramai yang dalam kesempitan dan sangat memerlukan akses kepada dana itu.

Sebelum ini, Anwar keberatan untuk menyokong langkah ini kerana ia akan menjejaskan simpanan rakyat untuk persaraan mereka.

“Walaupun berat hati, saya meminta kerajaan untuk menampung kerugian yang dialami mereka yang terjejas teruk akibat banjir pada Disember, sekiranya pengeluaran KWSP tidak dibenarkan,” katanya.

“Tetapi tiga bulan kemudian, kerajaan dan menteri kewangan Tengku Zafrul Aziz masih tidak mengendahkan nasihat saya.

“Oleh itu, setelah melihat kegagalan ini di pihak kerajaan, saya kini memberikan sokongan agar pengeluaran KWSP dibenarkan,” katanya. – SM

(Visited 465 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button