Politik

Anwar! cerita 6 bulan Mahathir PM tak boleh pakai dah – Rais

TAN Sri Dr. Rais Yatim tidak pasti sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim akan `termakan’ dengan janji terbaharu Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Presiden PKR itu selepas enam bulan menyandangnya.

Begitupun, kata Pengerusi BERSATU Negeri Sembilan itu, andai kata dirinya adalah Anwar, beliau tidak akan mempercayainya setelah janji-janji untuk mengangkat Anwar sebagai PM ke-8 telah berulang kali dimungkiri oleh Dr. Mahathir.

mahathir
Dr Rais Yatim

“(Hasrat) Datuk Seri Anwar sekarang (untuk jadi PM ke-9) tidak semudah dulu.

“Saya harap beliau tidak begitu mudah untuk menerima apa yang disusulkan oleh Tun M.

“Cerita enam bulan jadi PM, kemudian beliau akan serahkan (jawatan PM kepada Anwar) ini kalau sayalah Datuk Seri Anwar, tak boleh pakai lagi sebab dulu dah buat (janji), tak jadi-jadi.

“Dalam hal yang sedemikian, beliau (Anwar) tentu lebih bijak menilai Tun M, tapi bagi saya kalau kena gigit dua kali, kena gigit tiga, empat kali cukuplah,” kata beliau ketika ditemui SUARA MERDEKA di pejabat beliau di Wisma Packer semalam.

Dr. Mahathir sebagaimana diberitahu oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan medianya baru-baru ini telah meminta untuk dirinya sendiri dijadikan Perdana Menteri sekali lagi selama enam bulan dalam mesyuarat PH+, 9 Jun lalu.

Selepas memegangnya selama enam bulan itu, bekas Pengerusi BERSATU itu berjanji akan menyerahkan jawatan tersebut Anwar Ibrahim.

Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam blognya hari ini berkata, DAP dan Amanah tidak pernah mengabaikan Presiden PKR itu dengan memilih Dr. Mahathir sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan.

Kata Kit Siang, memilih Dr. Mahathir adalah pilihan yang paling berkemungkinan untuk mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri.

“Persoalan yang berlegar di dalam fikiran ramai orang sekarang adalah kenapa DAP dan Amanah memilih Mahathir Mohamad sebagai calon perdana Perdana Menteri dan bukannya Anwar Ibrahim. Mereka silap.

“DAP dan Amanah tidak pernah mengabaikan Anwar dengan memilih Mahathir, pilihan ini pilihan yang paling berkemungkinan untuk mengangkat Anwar sebagai perdana menteri,” kata Kit Siang.

PKR sebelum ini menolak cadangan Dr. Mahathir mencalonkan semula dirinya sebagai Perdana Menteri bagi mewakili kerajaan PH.

PH+ yang terdiri daripada PKR, DAP, Amanah, Warisan dan kem penyokong Dr. Mahathir gagal mencapai persetujuan mengenai calon PM.

Dalam mesyuarat yang dijalankan baru-baru ini, PH telah bersetuju supaya Anwar menjadi calon PM, sementara Dr. Mahathir mencadangkan dirinya sebagai PM manakala Anwar sebagai timbalannya.
-SM

(Visited 818 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button