Politik

Annuar syukur calon PAS/PN profesional, berwibawa

TAN SRI Annuar Musa bersyukur calon-calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perikatan Nasional (PN)  terdiri daripada golongan profesional dan berwibawa.

“Pagi ini seperti biasa saya ziarah kampung Pangkal Pisang di DUN Melor sambil sarapan pagi.

“Topik kedai kopi tetap isu politik. Calon-calon PAS/PN Ketereh DUN Melor DUN Kadok dan DUN Kok LANAS sudah diketahui malam tadi.(Pengumuman rasmi malam esok).

“Alhamdulillah semua calon PN adalah ahli professional dan berwibawa. Peguam Juruukur dan Akauntan. Satu langkah bijak dan sesuai dgn misi dan visi Perikatan Nasional.

“Selesai sarapan, penduduk kampong minta saya naikkan bendera. Penduduk Pangkal Pisang sentiasa bersama saya sejak dulu lagi,” kata bekas ahli parlimen Ketereh itu dalam media sosial.

Media melaporkan nama Annuar tiada dalam senarai calon Pas.

BACA: Annuar Musa tiada dalam senarai calon PAS untuk PRN Kelantan

(Visited 220 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button