Nasional

Annuar akan minta MKN beri kelonggaran kepada industri kreatif

Kehidupan petugas dan pengkarya dalam industri kreatif yang terjejas berikutan pandemik Covid-19 akan diberikan perhatian yang sewajarnya.

Nasib mereka dengan pendapatan yang tidak menentu sejak sekian lama mendapat perhatian Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) yang baru Tan Sri Annuar Musa.

Beliau yang mengangkat sumpah jawatan menteri Isnin lalu berkata, sudah tiba masanya kelonggaran diberikan dalam industri kreatif terutama kepada mereka yang telah lengkap mendapat dua dos vaksin.

Menurut Annuar  kementerian akan meminta pertimbangan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk memberikan kelonggaran terhadap petugas dan pengkarya dalam industri berkenaan.

MKn boleh memperkenalkan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengawal dan menghalan penularan wabak Covid-19 apabila petugas dalam industri itu dibenarkan untuk bekerja semula.


“Para pendukung industri kreatif sudah begitu lama terkesan dgn PKP.

“Tiba masanya kita bentang ke MKN untuk segera pertimbangkan kelonggaran dengan SOP tertentu, khasnya bagi mereka yang sudah diberi dua suntikan vaksinasi.

“Semoga ada berita baik buat mereka tidak lama lagi,” kata Annuar di Twitter.-SM

 

(Visited 103 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button