Politik

Angkat iltizam bawa suara akar umbi, kebajikan bangsa – Redzuan

BERPESAN kepada diri dan rakan-rakan seperjuangan, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof yakin seluruh ahli dan pemimpin parti itu akan sentiasa mengangkat iltizam membawa suara akar umbi serta menjaga kebajikan bangsa Malaysia.

“Sebagaimana gunung yang mencakar langit berdiri agung dengan padatnya batu-batu yang berada di kakinya, begitulah parti tercinta kita akan memacu masa depan negara apabila ahli-ahli Bersatu merapatkan saf dalam memartabatkan wadah bangsa dan tanah air.

“Saya yakin bangsa kita akan maju apabila kita bersepadu, bangsa kita akan lebih kuat apabila kita bersatu,” kata beliau hari ini, mengucapkan
Selamat Bersidang kepada semua ahli Bersatu di seluruh negara khususnya cawangan-cawangan di bahagian-bahagian negeri Melaka.

Mohd Redzuan memanjatkan syukur dan mendoakan agar persidangan Bersatu berjalan dengan baik dan lancar di bawah rahmat-Nya.

Bersatu ketika ini mengadakan mesyuarat cawangan dari 15 Februari hingga 29 Mac depan; persidangan Bahagian (18 April) dan Perhimpunan Agung (25 hingga 28 Jun).

Pemilihan melibatkan kepimpinan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) dijadual pada 18 April, dengan menyaksikan jawatan-jawatan tiga Naib Presiden dan 25 ahli MPT ditandingi.

Tiga jawatan utama iaitu Pengerusi, Presiden dan Timbalan Presiden tidak dicabar sekali gus mengekalkan Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button