Politik

Cuba teka band apa ini?

SUKAR juga untuk melontarkan soalan secara terbuka pada zaman media sosial ini.

Bukan apa, jika tersalah tanya soalan yang akan menjawabnya kebanyakkan mungkin terdiri daripada mereka yang tidak sukakan anda.

Dan jika anda ahli politik sudah tentu ramai musuh-musuh politik bersedia pada bila-bila masa untuk mengambil kesempatan untuk memalukan anda secara terbuka di media sosial.

Itulah yang terjadi kepada Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh.

Beliau berkongsi fotonya bersama Timbalan Menteri Dalam Negeri, Timbalan Menteri UsahaDatuk Azis Jamman; Datuk Dr. Hatta Md. Ramli,  Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed dan Hanipa Maidin.


Gambar mereka bersama-sama dengan sekumpulan ahli band itu dikongsi di Twitter rasmi Hannah. Pada kapsyen foto tersebut Hannah melontarkan pertanyaan, ‘Cuba teka band apa ini?’.

Niat Hannah mungkin untuk bercanda bersama-sama dengan pengikutnya di Twitter dan ahli masyarakat. Namun pertanyaan itu mengundang jawapan yang tidak mungkin diduga oleh beliau.

“The Khencing Band,” kata Bro Tinjau.

“Band Sepenggal,” cadang PokNik.

“Qhencing And The Khadams,” tulis Non-flying Dutchman.

“Band Kencing Rakyat,” cadang MalaysianCitizen.

“Bakal Band Duan,” kata Azie Nam.

“Sampah Band,” tulis Ismet Ulam Raja.

“Rubber Band,” cadang Airil Razali.

“Drama Band ke?” tanya Faiz.

The people are suffering and you play the ‘cuba teka band apa ini’ game? Shame on youlah YB. Shame on you,” kata Mohamad Rizal.

“Kebanyakan yang komen dalam ni semua puak-puak biru. Kau orang ni tak ada kerja lain ke selain kecam?” marah Nur Fazilah.

Gambar tersebut diciap oleh Ahli Parlimen Segambut itu pada 15 Februari lalu mendapat 476 komen, 80 diciap semula dan 524 suka.

Walaupun 90 peratus komen bersifat negative namun Ahli Parlimen DAP itu tidak memadam atau membalas semula ciapan tersebut sekaligus mengambarkan Hannah terbuka dan menerima sebarang kritikan terhadap beliau di media sosial.-SM

 

 

 

 

 

 

 

(Visited 61 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button