Alam SekitarKebakaran

Anggota bomba cedera dalam kebakaran gerai Taiping

TAIPING: Seorang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Taiping di sini mengalami kecederaan di muka berikutan letupan kecil ketika cuba memadamkan kebakaran di Bazar Tsen Loong di Jalan Taming Sari awal hari ini.

Mangsa, Abdul Hakim Ahmad Zaidi, 30, kini menerima rawatan di Hospital Taiping dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Rafeel Hairul Richard berkata, Abdul Hakim mengalami lebam di muka dan tangan akibat letupan itu.

“Sebanyak sembilan daripada 50 gerai di Bazar Tsen Loong di Jalan Taming Sari di sini terbakar awal hari ini.

“Kami menerima panggilan kecemasan pada 2.02 pagi dan sebaik tiba, sembilan daripada 50 gerai musnah dalam kebakaran itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Rafeef, operasi yang berakhir pada 4.57 pagi hari ini turut dibantu anggota bomba dari Batu Kurau dan Kamunting.

“Punca kebakaran masih disiasat,” katanya sambil menambah tiada kecederaan lain dilaporkan semasa kejadian.

 

(Visited 363 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button