Politik

Baik mengaku, Abas BN penyokong parti mana

SELEPAS kantoi cuba ceroboh dan sabotaj ceramah parti lawan, lelaki yang dikenali sebagai Abas BN ini mengaku melakukan perbuatan itu bukan atas arahan sesiapa.

Dia kantoi kerana memakai tanda nama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), tetapi nama dengan nama Halina. Dua lagi rakannya memakai topi penguat kuasa SPR.

Takkanlah Abas BN ini penyokong Barisan Nasional (BN), sebuah parti yang ditubuhkan atas dasar perjuangan negara dan dipimpin oleh para pemimpin penuh integriti.

Ini mesti netizen yang sengaja mahu membuat konten media sosial semata-mata.

Namun gambar yang disiarkan oleh portal Berita Bersatu ada memaparkan gambar Abas BN.

bagi Ketua Penerangan BERSATU Malaysia Datuk Wan Saiful Wan Jan insiden seorang individu dikenali sebagai ‘Abbas BN’ mendakwa dirinya dari pemerhati SPR, yang menceroboh majlis forum Perikatan Nasional (PN) di Muar, kelmarin disifatkan sebagai tindakan cubaan sabotaj yang tidak cerdik.

Beliau berkata setelah diselidiki pegawai bertugas, individu itu memiliki kad penguat kuasa kempen pilihan raya kepunyaan seorang wanita bernama Halina.

Jelasnya, situasi itu berlaku ketika beliau sedang mempengerusikan forum di sebuah resort di Parit Keroma Laut yang dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Ustaz Idris Ahmad bersama-sama calon PN DUN Maharani, Abdul Azzi Talib.

“Ada juga dua tiga orang perasan kenapa saya tengok kiri dan kanan. Sebabnya ialah saya nampak dua tiga orang masuk tercari-cari sana sini macam nak buat kacau sikit. Tapi pakai baju penguat kuasa. Apabila saya nampak di belakang itu, saya mengarahkan pegawai bertugas untuk memantau kumpulan itu.

“Kumpulan itu memberitahu mereka mewakili Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengarahkan agar majlis forum dihentikan serta merta. Bila diperiksa oleh pegawai jawatankuasa majlis, rupanya yang datang itu kad kuasanya bernama Halina, tapi yang datangnya lelaki. Kad kuasa perempuan.

“Saya nak beritahu pada kawan-kawan di sebelah sana, kalau betul nak sabotaj program orang pun, otak bagilah sambung sikit wayar betul-betul. Jangan datang ke program kita dengan niat tak baik tapi kad kuasa dia terlupa bahawa jantina dia lelaki sebenarnya.

“Tapi itu yang mereka lakukan. Sebenarnya mereka sedang bimbang dengan kebangkitan rakyat Johor. Mereka bimbang program yang kita buat mendapat sambutan amat baik. Mereka bimbang sambutan ini akan diterjemahkan kepada undi PN pada 12 Mac nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Santai Bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi.

Turut hadir, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin; dan Timbalan Menteri Perpaduan Negara Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Pada malam Jumaat lalu, forum santai bersama menteri itu menyaksikan ketengangan antara penganjur dengan pemerhati Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kumpulan itu memakai topi dengan label “PP-KPR” yang bermaksud “pasukan penguat kuasa kempen pilihan raya”.

Namun, identiti salah seorang individu itu akhirnya terbongkar apabila dia menggunakan tanda nama SPR milik seorang wanita bernama Halina, sementara yang lain masing-masing mempunyai tanda nama sendiri.

Bagaimanapun, satu laporan polis telah dibuat terhadap individu yang dikenali sebagai ‘Abbas BN’ itu.

 

(Visited 414 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button