Hiburan

Anak Zainal Abidin dedah bapanya sudah bercerai bersama Fyna Jebat


Dunia hiburan mengejutkan sekali lagi apabila nama Fyna Jebat menjadi perbualan orang ramai didakwa sudah bercerai dengan bekas jurulatih bola sepak terkenal, Datuk Zainal Abidin Hassan.

Perkara itu didedahkan oleh anak kepada jurulatih bola sepak itu, Zahirah Aisyah yang meninggalkan sebuah komen melalui hantaran di Instagram memberitahu bahawa bapanya itu telah menceraikan isteri kedua.

pendedahan dari anak Zainal, Zahirah

Zahira juga mengatakan bahawa ibunya dan Fyna tidak pernah berdamai seperti yang pernah tular sebelum ini malah jelasnya lagi cerita itu tidak benar.

“Ibu saya juga tidak berdamai dengan sesiapa dan cerita ini tidak benar. Untuk pengetahuan awak, ayah saya sudah bercerai dengan Fyna. Mohon padam hantaran ini, terima kasih,” tulisnya.

Dalam pada itu, Zahira turut mempersoalkan mengapa perlu berkongsi semula cerita empat bulan lepas serta meminta untuk memadam posting berkenaan.

Dia juga memberi bayangan bahawa bapanya telah membuat keputusan yang tepat dan turut bersyukur dengan ujian ini, selain itu berharap agar rumah tangga ibu bapanya menjadi semakin erat dan bertambah kasih sayang.

Pada awal tahun ini, adik kepada pelakon popular Ayda Jebat ini, Fyna mengaku sudah berumah tangga dengan Datuk Zainal Abidin Hassan namun tidak mendedahkan tarikh pernikahan mereka.

Artikle Berkaitan: >

Sah adik Ayda Jebat, Fyna kahwin dengan Zainal Abidin

Carik-carik bulu ayam, akhirnya isteri tua Zainal Abidin berdamai

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button