Sukan

Carik-carik bulu ayam, akhirnya isteri tua Zainal Abidin berdamai

SELEPAS hampir sebulan kemelut pergaduhan tarik rambut di premis makanan antara kedua-dua isteri jurulatih bolasepak, Datuk Zainal Abidin, akhirnya isteri pertama dan keduanya berdamai.

Pasti melegakan hati Zainal Abidin, isteri tuanya dan isteri mudanya Fyna Jebat yang juga merupakan kakak kepada Ayda Jebat, mencapai kata sepakat unuk berbaik-baik.

Perkara itu turut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd, Iqbal Ibrahim selepas Datin Zalina Zaini mengambil keputusan untuk menarik balik laporan polis yang dibuat dua minggu lalu.

“Mereka telah menarik balik laporan kerana isteri pertama telah berbuat demikian dua minggu lalu.

“Jika diikutkan tempoh hari, mereka akan diberi bon namun masing-masing ingin selesaikan isu dalaman keluarga itu secara baik,” katanya dalam satu kenyataan.

Difahamkan, pergaduhan di antara dua madu itu berlaku di selepas isteri pertama Zainal Abidin menyerang dan menarik rambut madunya, Fyna.

Tindakan itu tercetus kerana Zalina dikatakan marah dan bengang selepas rahsia suaminya berkahwin muda, terbongkar.

Bulan lepas, dunia hiburan dikejutkan dengan kes pergaduhan yang melibatkan kedua-dua isteri Zainal Abidin.

Namun ada sumber mengatakan, sebenarnya Zainal Abidin dan dan Fyna sudah lama berkahwin iaitu sebelum pandemik Covid-19 melanda negara.

Hubungan Zainal Abidin dan Fyna, juga seorang artis dikatakan sudah lama diketahui oleh para pemain kelab bola sepak yang dilatih oleh Zainal Abidin yang juga merupakan bekas pemain kebangsaan. – SM

(Visited 569 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button