Anak sulung Nora Ariffin minta jangan kongsi video adiknya bercium
SEMALAM kecoh di laman sosial apabila anak kepada penyanyi, Nora Ariffin iaitu Putri Nor Dahlia didakwa bercium dalam satu video yang tular.
Nora juga telah membuat pengakuan yang individu dalam video tersebut adalah anaknya dah berharap supaya perkara itu menjadi pengajaran buat anaknya.
Namun, hari ini anak sulung penyanyi itu, Mohd. Syakir Iman Johan pula tampil memberi kenyataan berkenaan orang yang menjadi batu api dalam isu berkenaan.
“Buat kawan-kawan yang ada anak perempuan, jaga mereka baik-baik. Yang turut mengapi-apikan lagi isu ini, moga anda juga merasa nanti,” katanya.
Dalam pada itu, menurut Syakir, dia dan keluarganya dalam usaha untuk menyelesaikan masalah tersebut dan berjumpa dengan keluarga lelaki yang tular dalam video tersebut.
“Walaupun ada yang sudah membenci dan mencaci adik serta mak saya, saya mohon jasa baik anda untuk tidak kongsikan video tersebut.
“Doakan kami dan jika ada apa-apa cadangan yang bernas, sila kongsikan dengan saya. Saya sedia menerima idea atau bantuan daripada anda,” jelasnya.- SM