JenayahNasional

Anak Sirul Azhar minta Australia pertimbang semula suaka politik

ANAK kepada bekas anggota polis yang disabitkan kesalahan membunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006, Sirul Azhar Umar, Shukri Azam, 23, merayu kepada kerajaan Australia untuk mempertimbangkan semula pemberian suaka politik kepada bapanya.

Shukri berkata, beliau dan bapanya tidak bercadang untuk pulang ke Malaysia walaupun hukuman mati mandatori bagi jenayah berat termasuk bunuh telah dimansuhkan.

Altantuya Shaariibuu

Shukri yang berusia enam tahun ketika Altantuya dibunuh menzahirkan rasa bimbang nyawa bapanya terancam jika mereka pulang ke Malaysia, menurut The Sydney Morning Herald.

“Apabila kami datang ke Australia, kami hanya mahu memulakan hidup baharu. Buat pertama kalinya dalam hidup saya, saya merayu kepada kerajaan Australia.

 

“Tolong berikan ayah saya peluang kedua kerana kami tidak melakukan apa-apa kesalahan di Malaysia mahupun di Australia,” katanya.

Menurut Shukri, ayahnya adalah seorang yang kuat dan merendah diri.

Shukri dilapor dibesarkan oleh ibu bapa angkat di Australia selepas tidak lagi berada di bawah jagaan ibunya. Beliau telah menetap di Australia selama hampir 10 tahun.

Untuk rekod, pada 2006, Altantuya ditembak di kepala di sebuah hutan di Puncak Alam, Selangor. Mayatnya kemudian diletupkan.

Sirul dan seorang lagi bekas anggota polis, Azilah Hadri disabitkan kesalahan membunuh Altantuya pada 2009 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mereka berjaya membatalkan sabitan itu di Mahkamah Rayuan pada 2013 tetapi Mahkamah Persekutuan pada 2015 mengembalikan sabitan tersebut dan menjatuhkan hukuman mati.

Sirul bagaimanapun berjaya melarikan diri ke Australia sebelum keputusan akhir dan berada di pusat tahanan Imigresen Villawood sejak 2015 selepas ditahan polis Australia.

Permohonan pertamanya untuk mendapatkan suaka politik di Australia ditolak pada 2019.

Azilah pula kini menjadi banduan akhir di Penjara Kajang, Selangor. – SM

BACA Mahkamah arah kerajaan, Razak Baginda, dua lain bayar RM5 juta pada keluarga Altantuya

BACA Cerita Azilah tak masuk akal – Peguam

BACA Jho Low ditawar suaka oleh sebuah negara

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button