Hiburan

Anak perempuan arwah Siti Sarah pandai dodoikan Ayash

MENDENGAR tangisan baby Ayash Affan, anak allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin yang didodoikan dengan salawat ke atas Nabi, menyentuh hati sesiapa sahaja yang berperikemanusiaan.

Menerusi laman sosial milik arwah Siti Sarah, Instagram, dipost satu video yang memperlihatkan kasih seorang kakak terhadap adik kecilnya yang menangis minta didodoikan.

Ayash ditepuk dan didodoi oleh kakaknya, Talita yang sangat rajin ‘mengasuh’ dan menjaga anak bongsunya itu.

Selain Talita, anak sulong arwah Siti Sarah, Uwais juga rajin menjaga adik bongsunya itu.

“Talita sangat rajin hendak tidurkan Ayash, buatkan susu, tepuk-tepuk dodoikan, main-main dengan baby Ayash Affan.

“Sentiasa rajin nak tolong dan menyenangkan hati daddy. Alhamdulillah, mesti sejuk perut ibu melahirkan Talita,” catatan yang dipetik daripada IG Siti Sarah.

Perkongsian tersebut mendapat 303,477 penontondengan 771 komen.

Semoga anak-anak arwah Siti Sarah membesar dengan menjadi anak-anak yang berjasa kepada ayah mereka, Shuib dan saling kasih mengasihi antara adik beradik. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button