Nasional

Anak muda sudah bangkit sokong PN – Idris Ahmad

Melihat keupayaan PN mengemudi negara di waktu krisis membuatkan golongan muda yang selama ini tidak peduli akan politik sudah bangkit bersama menyokong parti ini.

Menurut Naib Presiden Pas Datuk Idris Ahmad, ia didorong kebolehan mereka kali ini untuk terlibat sama dalam proses demokrasi selepas melihat kejayaan PN mengemudi negara.

Selepas terbubarnya parlimen, kebangkitan anak muda tampil menunjukkan sokongan kepada PN.

“Bila berlakunya pembubaran Parlimen, hari ini berlaku gelombang anak muda. Bukan sahaja saya tengok berlaku di Bagan Serai, malah juga di Parit Buntar dan Bukit Gantang sendiri.

“Saya mendapat makluman daripada Menteri Besar Kedah (Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor) bahawa di sana pun sama. Begitu juga di Terengganu.

“Ini satu benda yang agak ‘ajaib’. Kita pun tak sedar keadaan yang berlaku,” kata calon PN P.058 Bagan Serai itu dalam program Agenda AWANI.

Menurutnya, sewaktu negara hebat dilanda COVID-19 tempoh hari memberi keyakinan kepada anak muda bahawa PN adalah pilihan mereka.

Keupayaan kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menjadi Perdana Menteri tidak dapat disangkal lagi.

(Visited 180 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button