Uncategorized

First time voters akui bangga tidak pernah buka Perlembagaan, baca manifesto parti!

Antara topik hangat mengenai Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) adalah kemunculan first time voters yang baru sahaja menamatkan zaman persekolah, baru memasuki kolej atau sedang bekerja di sektor gaji RM1,200 ke atas.

Dalam satu tinjauan Suara Merdeka di sekitar Lembah Klang, selain buntu untuk memilih sama ada BN, PH atau PH, mereka juga bersetuju bahawa asas politik dan kenegaraan tidak ditekankan sejak dari usia muda.

Menurut Syazlin Zakaria, 21, yang akan mengundi di Parlimen Batu, sepanjang hidupnya, dia tidak pernah mengenal Perlembagaan Persekutuan atau membaca mana-mana manifesto parti politik.

“Dekat sekolah pun saya cuma belajar Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Sejarah dan lain-lain. Nak kata ada dalam subjek sejarah pun, entahlah. Saya, Sejarah pun dapat C. Kalau subjek Kimia pun, memang tak adalah.

“Jadi celah mana kami diajar pasal Perlembagaan Persekutuan? Entah-entah cikgu yang mengajar itu pun tak pernah tahu pasal Perlembagaan Persekutuan sebab keluar dari UPSI, terus mengajar,” katanya.

Syazlin berkata demikian menjawab soalan Suara Merdeka mengenai kefahaman anak-anak muda yang bakal memilih kerajaan lebih stabil untuk pembangunan negara.

Ketika ditanya adakah secara peribadi Syazlin ada membuat carian kendiri dan membandingkan kesemua manifesto sebelum mengundi, jawapannya cukup menarik.

“Memang ada tengok point-point yang mereka bagi dalam poster. Tapi kalau nak baca apa yang mereka tulis sampai hampir 100 muka surat tu, panjang dan buang masa.

“Kita ada kerja lain. Saya punya pendekatan mudah. Macam hari tu, dalam minggu ini, saya kebetulan terserempak dengan calon PH sahaja. Calon lain tak nampak batang hidung. Jadi saya undi PH,” katanya.

 

(Visited 52 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button