Nasional

Anak-anak Dr. Mahathir dakwa bapa mereka jadi sasaran siasatan SPRM

Dua anak lelaki Tun Dr, Mahathir Mohamad berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyasarkan bekas Perdana Menteri itu dalam siasatan.

Memetik laporan Bloomberg, mereka mendakwa SPRM telah mengarahkan mereka untuk membantu dalam siasatan terhadap  Dr. Mahathir yang kini berusia 98 tahun.

“Ayah saya adalah suspek utama,” kata Datuk Seri Mokhzani Mahathir, 63, dalam temu bual dengan Bloomberg pada 23 Mac di Kuala Lumpur.

“Kami adalah saksi kepada apa sahaja yang mereka siasat,” kata Mokhzani.

Pada Januari lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengarahkan Mokhzani dan abangnya Mirzan, 65, mengisytiharkan aset mereka sejak 1981, iaitu tahun Mahathir menjadi perdana menteri.

Ia adalah sebahagian daripada siasatan rekod perniagaan luar pesisir yang didedahkan kepada SPRM.

Memetik laporan Bloomberg itu, jurucakap SPRM berkata mereka tidak dapat mengulas atau mengesahkan komen Mokhzani itu.

Kedua-dua anak Dr. Mahathir itu sedia membantu dalam siasatan itu tetapi ia agak rumit dan mengambil masa.

Turut serta dalam temu bual itu adalah Mirzan melalui panggilan video.

Mokhzani dan Mirzan telah menerima dua lanjutan tarikh untuk pematuhan. Tarikh asal adalah pada akhir Februari.

Menurut Mokhzani, SPRM tidak memberikan sebarang butiran penyiasatan terhadap Mahathir kepada meereka.

“Kami ada bertanya, ‘Apakah siasatan terhadap bapa saya?’ dan mereka tidak dapat memberi kami maklumat itu,”

Mokhzani berkata. “Bolehkah anda bayangkan anda diminta memberikan maklumat bagi digunakan untuk mendakwa ibu bapa anda?”

Namun kata Mokhzani, mereka bekerjasama dengan setiausaha syarikat dan akauntan untuk memfailkan pengisytiharan aset.

“Ini adalah tugas yang hampir mustahil, untuk mengingati semula bagaimana keadaan pada masa lalu,” kata Mokhzani, sambil menambah dia masih pelajar di United Kingdom pada 1981.

“Kami tidak ingat dengan tepat bagaimana keadaan ketika itu,” katanya, sambil menambah bahawa segala-galanya adalah dalam bentuk rekod fizikal dan tidak didigitalkan.

(Visited 77 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button