Hiburan

Anak aktres Abby Abadi meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Muhammad Danial Firman Faizal, anak penyanyi dan pelakon Abby Abadi yang dilahirkan pada 27 September lalu, meninggal dunia hari ini.

Menerusi perkongsian di Instagram maestromedia.my hari ini, terdapat coretan luahan rasa Abby

Baby D, tarik mama abah masuk syurga ye sayang.

Muhammad Danial Firman Faizal bin Muhammad Faizal telah pergi meninggalkan kami.

Maafkan mama abah sayang.

Jenazah Baby D disemadikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, Lembah Keramat, Kuala Lumpur.

Salam takziah buat Abby Abadi sekeluarga. – SM

(Visited 237 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.
Back to top button