Ekonomi

Amrin letak jawatan CEO LTAT selepas dilantik 4 Januari lalu

Datuk Seri Amrin Awaluddin yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) berkuatkuasa 4 Januari lalu meletakkan jawatan tersebut bermula 1 Mei ini.

Peletakan jawatan Amrin diumumkan LTAT dalam satu kenyataan hari ini.

Pengerusi LTAT, Tan Sri Dr. Mohd. Zahidi Hj Zainuddin (Bersara) berkata, Amirin telah berjaya memberikan kesinambungan dan juga pemacuan terhadap pelaksanaan Pelan Transformasi LTAT yang bermula pada awal tahun 2019.

“Dengan pengalamannya, beliau telah berjaya memupuk budaya korporat yang prihatin serta nilai tanggungjawab yang tinggi ke arah pembentukan LTAT sebagai sebuah organisasi pengurusan dana bertaraf dunia.

“LTAT kini berada dalam kedudukan yang lebih kukuh untuk memberikan nilai tambah kepada pihak berkepentingannya dengan memastikan Pelan Transformasi LTAT kekal berada pada landasan yang betul,” katanya.

Amrin mengambil alih kepimpinan LTAT setelah tempoh perkhidmatan mantan Ketua Eksekutif Nik Amlizan Mohamed tamat pada 30 September 2020.

Sebelum dilantik sebagai CEO LTAT beliau merupakan Pengarah Urusan Boustead Holdings Bhd (Boustead), anak syarikat LTAT dengan 59 peratus kepentingan bermula 6 Mei 2019 sehingga 15 November 2020.

Ketua Pegawai Kewangan LTAT Mohammad Ashraf Md. Radzi akan memangku tugas CEO bermula 3 Mei 2021 sehingga lantikan yang baru dibuat.-SM

 

(Visited 255 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button