NasionalTravel

Amaran kepada pengurusan hotel kurangkan aduan pelanggan

MENTERI Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Sri Tiong King Sing memberi amaran kepada pemain dalam industri perhotelan di seluruh negara supaya bertindak pantas mengurangkan aduan-aduan daripada pelanggan yang tidak berpuas hati dengan tahap hospitaliti yang ditawarkan.

Beliau berkata, angka aduan yang sampai kepada pihak MOTAC bulan lepas itu membabitkan industri hotel dan perlu dikurangkan dalam tempoh tiga suku akan datang.

“Kita terima aduan daripada pelancong yang menginap di hotel-hotel.

“Mereka kecewa apabila dapat bilik penginapan yang sepatutnya berbintang tetapi tidak seperti yang dijangkakan khususnya dari segi perkhidmatan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Hospitality Leadership Conference 2023 anjuran Malaysian Association of Hotels (MAH), hari ini.

Beliau berkata, MOTAC tidak akan teragak-agak untuk menurunkan bintang hotel sekiranya pihak pengurusan hotel-hotel tidak memandang serius kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.

“MOTAC memandang serius aduan-aduan yang diterima pemain dalam industri perlu memastikan pelanggan mendapat penginapan setimpal dengan harga yand dibayar,” tegas Tiong.

Katanya lagi, mereka yang berkhidmat di kaunter hadapan hotel perlu senyum menyambut pelanggan yang mendaftar masuk.

Itu tidak termasuk pihak hotel perlu membuat penambahbaikan lain seperti menukar permaidani yang usang, memastikan tandas hotel bersih serta menyediakan tuala mandi yang berkualiti, ujar beliau.

Tiong memberi jaminan MOTAC akan membantu industri perhotelan untuk mencapai tahap sepertimana yang diharapkan oleh pelancong dan penginap hotel.

Itu tidak termasuk pihak hotel perlu membuat penambahbaikan lain seperti menukar permaidani yang usang, memastikan tandas hotel bersih serta menyediakan tuala mandi yang berkualiti, ujar beliau.

Sehubungan itu, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan dalam membantu industri perhotelan yang terjejas teruk semasa Covid-19.

“MOTAC akan membantu hotel-hotel dengan menolong mereka mendapat pinjaman Bank Komersial faedah rendah untuk menaikkan taraf dan seterusnya, maintain standard,” katanya.

Tambah beliau, sebanyak 19,000 bilik hotel dengan kos RM11 bilion ditawarkan dengan jumlah 65,000 hotel bertaraf bintang atau high end.

“Tahun ini sebanyak 22 hotel baharu akan dibuka, 16 hotel tahun depan dan lima, tahun 2025.

“Para pelancong suka menginap di hotel-hotel dan menghargai hotel kita.

“Jadi, iklan yang dipaparkan tentang hotel di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak biarlah jujur seperti yang diiklankan,” katanya. – SM

BACA Graduan universiti tidak berminat bekerja di sektor perhotelan

PENTING

1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;

2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button