JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu pemakluman di Facebook mengeluarkan amaran cuaca buruk bagi Pulau Langkawi dan Pulau Pinang.
Amaran ini dikeluarkan pagi tadi memandangkan dua destinasi ini adalah pilihan dan tumpulan pelancong dalam dan luar negara.
Menurut MetMalaysia, selain Langkawi dan Pulau Pinang, amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang itu turut melibatkan dua kawasan di Melaka iaitu Jasin dan Melaka Tengah.
Katanya, tiga daerah di Johor iaitu Tangkak, Muar dan Batu Pahat turut dijangka mengalami cuaca tidak menentu.
“Amaran cuaca tidak menentu itu dijangka berlaku sehingga 10 pagi,” menurut MetMalaysia lagi.
Amaran sedemikian dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – SM