PRK

Amanah terkejut BN rampas DUN Tepuh

Kita tidak pernah memulangkan kembali kerusi DUN Tepuh kepada BN

KUALA TERENGGANU – Parti Amanah Negara (Amanah) terkejut selepas Barisan Nasional (BN) mengumumkan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepuh ketika Majlis Pengumuman Calon BN PRN ke-15 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada malam Jumaat.

Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, ia kerana Mesyuarat Sekretariat Perpaduan Terengganu sebelum ini telah bersetuju memberikan kerusi itu kepada Amanah.

Jelasnya, Amanah juga tidak pernah memulangkan kembali kerusi DUN itu sebagaimana desas-desus mengatakan kononnya ia sebagai pertukaran bagi meletakkan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bertanding di Parlimen Kuala Terengganu pada pilihan raya kecil (PRK) Ogos depan.

“Kita tidak pernah memulangkan kembali kerusi DUN Tepuh kepada BN kerana ia telah dipersetujui bersama untuk diberikan kepada Amanah menerusi mesyuarat antara Pakatan Harapan (PH) dan BN pada Mei lalu.

“Saya sendiri pun tak pernah dengar dan tak diberitahu mengenai Nurul Izzah akan bertanding di Parlimen Kuala Terengganu kerana isu mengenai petisyen tempoh hari dikemukakan UMNO.

“Pada kita, mungkin juga kerusi bagi Parlimen itu diwakili calon mereka kerana mereka yang menang ke atas petisyen berkenaan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, pada Ahad.

BACA JUGA:

DAP terkilan, Amanah kecewa dengan pembahagian kerusi untuk UMNO

Umno Kelantan juarai pecah Muafakat Nasional

PRK Parlimen Kuala Terengganu diadakan selepas kemenangan calon Pas, Datuk Ahmad Amzad Hashim dibatalkan Mahkamah Pilihan Raya atas dakwaan wujudnya unsur rasuah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) November lalu.

Pada PRU15 lalu, Ahmad Amzad yang juga bekas Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu yang dimenangi pada PRU14 dengan majoriti 40,907 undi. – SM

(Visited 209 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button