Aliff Syukri mahu jual rumah dengan harga berpatutan, cuma RM6 juta
ADA berita baik untuk mereka yang mencari rumah di tengah ibu kota.
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri memaklumkan yang dia akan menjual rumahnya yang terletak di pusat beli belah terkenal, Pavillion.
“Rumah ini saya nak jual dengan harga yang berpatutan. hanya RM6 juta sahaja siap dengan perabot.
“Siapa cepat dia dapat. Memang murah sangat dan cantik. Yang penting berada di tingkat yang tinggi dan boleh tengok pemandangan Kuala Lumpur,” katanya.
Menurutnya, dia juga membuka rumah tersebut untuk sewaan dengan kadar RM18,000 sahaja.
Jelasnya, harga tersebut murah RM2,000 berbanding harga yang disewanya sebelum ini.
Aliff sebelum ini memberitahu yang dia berhajat untuk tinggal di Australia namun tetap akan meneruskan perniagaannya seperti biasa. -SM