Politik

Bidikan tepat kemenangan BN oleh Isham Jalil

TIGA minggu Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil berada di Johor berkempen bagi memberi pencerahan kepada rakyat Johor sebelum hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN), semalam.

Beliau juga telah meluangkan masa hadir ke studio SUARA MERDEKA untuk diwawancara secara langsung dalam Sembang PRN Johor dihoskan oleh HASNURUL MOHAMED.

Isham dalam sesi bualbicara secara langsung turut ditanya, berapakah jangkaan atau prediction BN pada PRN Johor Ke-15?

Jawapannya 32 ke 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) milik BN.

Nah! Anda nilai sendiri jangkaan yang dibuat oleh Isham-the sharp shooter.

Untuk rekod, Isham pernah membuat prediction pada PRN Melaka dan jangkaan beliau, tepat.

Di bawah ini dikongsi catatan Isham Jalil:

Alhamdulillah syukur ke-hadrat Allah SWT dan dengan izinnya Barisan Nasional telah berjaya memenangi majoriti besar kerusi dalam pilihanraya negeri Johor.

Keputusan rasmi Barisan Nasional telah memenangi 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri Johor iaitu melebihi 2 per 3 majoriti.

Jumlah kerusi Barisan Nasional ini diharap akan dapat membentuk kerajaan yang stabil untuk negeri dan rakyat Johor.

Dengan mandat besar yang diberikan oleh rakyat ini, Barisan Nasional akan melaksanakan Ikhtiar Johor yang dijanjikan kepada rakyat dengan secepat mungkin untuk pemulihan ekonomi rakyat.

Saya dan juga seluruh jentera Barisan Nasional ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh pengundi dan rakyat Johor ke atas sokongan dan mandat yang telah diberikan.

Terima kasih juga kepada seluruh jentera Barisan Nasional negeri Johor dan dari negeri-negeri lain serta semua penyokong dan juga wira-wira yang tidak didendang yang telah bertungkus lumus menjayakan kempen Barisan Nasional di Johor.

Terima kasih semua. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button