fbpx
Luar Negara

Alasan Jokowi mengapa tidak laksana lockdown

Presiden Indonesia, Jokowidodo menganggap langkah perintah berkurung atau sekurang-kurangnya Perintah Kawalan Pergerakan seperti dilakukan di kebanyakan negara adalah tidak perlu.

Sebalik presiden negara jiran itu lebih menekankan kepada menjaga jarak sosial atau social distancing.

Beliau yang terkenal dengan panggilan Jokowi memberitahu dalam perutusan langsung dia telah mengkaji langkah yang diambil negara-negara yang diambil di seluruh dunia dan mendapati tindakan lockdown adalah tidak sesuai.

Jokowi menambah budaya dan disiplin setiap negara juga berbeza, begitu juga dengan Indonesia dan langkah lockdown tidak sesuai dilaksanakan di Indonesia.

Beliau yakin jika rakyat berdisiplin melaksanakan penjarakan sosial, ia sudah cukup mengekang penularan wabak COVID-19.


Kerajaan juga katanya mengalakkan orang ramai bekerja di rumah bagi melaksanakan usaha tersebut.

Jumlah pesakit positif virus korona di Indonesia setakat semalam sudah mencapai 579 orang, 49 meninggal dunia, dan 30 sembuh. – SM

 

Show More

Related Articles

Back to top button