Hiburan

Aktor Fazren Rafi diuji sekali lagi…

Syawal kelima lalu, ibu meningal dunia kini ayah ada ketumbuhan di otak

AMAT sukar untuk diluahkan dengan kata-kata akan perasaan yang dirasai oleh pelakon drama, Fazren Rafi ketika ini.

Kira-kira seminggu yang lalu iaitu pada Syawal kelima, ibunya, Sutinah Shari pulang ke rahmatullah ekoran kanser usus tahap empat.

Fazren sekeluarga masih bersedih di atas pemergian ibu tercinta dan hari ini, dia mendapat satu perkhabaran duka yang membabitkan ayahnya pula.

Ayahnya mempunyai ketumbuhan pada bahagian otak.


Menurut Fazren, ayahnya dibawa untuk menjalani pemeriksaan kesihatan, memeriksa tekanan darah dan kandungan gula.

“Niat di hati nak check tekanan darah (BP) dan check gula je. BP Papa 205/107 dan kadar gula pula 27.1,” katanya.

Ekoran itu, ujar Fazren, doktor di Hospital Columbia merasa bimbang jika ayahnya terkena stroke.

“Jadi, ayah buat CT Scan dan keputusannya, nampak ada sesuatu yang tidak normal pada area otak,” kata Fazren menerusi catatannya di media sosial Instagram miliknya.

Menurut Fazren lagi, dia terpaksa menggunakan perkhidmatan ambulans untuk membawa ayahnya ke Hospital Pakar Avisena.

“Hospital Pakar Avisena ada pakar otak,” kata Fazren.

Ujian yang harus dilalui oleh Fazren dititipkan dengan doa agar dia tabah menghadapinya.  – SM

 

(Visited 176 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button