Ekonomi

AKPK dan BSN bantu pekerja gig food panda uruskan wang secara cermat

BAGI membantu pekerja gig menguruskan kewangan dengan lebih cermat dan berhemat, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Delivery Hero Malaysia Sdn. Bhd. (foodpanda) kerjasama Bank Simpanan Nasional (BSN) melancarkan Program Literasi Kewangan Go Giggers 2024.

 

Program tersebut dilancarkan bersama dengan penandatanganan nota kolaborasi oleh Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, Azaddin Ngah Tasir; Ketua Eksekutif Bank Simpanan Nasional, Jay Khairil Jeremy Abdullah; dan Pengarah Operasi, Delivery Hero Malaysia Sdn. Bhd. (foodpanda), En. Shubham Saran.

AKPK sentiasa cakna permasalahan kewangan rakyat Malaysia daripada semua taraf hidup dalam ekonomi dunia yang kini serba tidak menentu. Ini selari dengan prinsip keterangkuman yang dipegang teguh oleh AKPK agar tiada golongan yang ketinggalan dalam mendapatkan kesedaran dan pemerkasaan literasi kewangan.

 

AKPK sedia maklum akan jerih perih yang dilalui pekerja industri gig, termasuklah rakan riders foodpanda yang merupakan petugas barisan hadapan yang memberi khidmat kepada orang ramai. Sehubungan dengan itu, Program Literasi Kewangan Go Giggers 2024 merupakan satu inisiatif yang bersesuaian bagi mendekati dan membimbing rakan riders dalam mengharungi cabaran ekonomi masa kini.

 

Dalam ucapan alu-aluannya bagi pihak AKPK, Pengurus Besar Bahagian Pendidikan dan Jangkaun Masyarakat, Nor Fazleen Zakaria berkata, “Langkah ini selaras dengan misi AKPK untuk memperkasakan individu dengan ilmu pengurusan kewangan peribadi agar mereka lebih berdisiplin dan bertanggungjawab, dan dapat menguasai situasi kewangan mereka dengan bijak.”

Artikle Berkaitan :>

DPMM Putrajaya Anjur Sesi Khas Bersama AKPK Demi Tingkatkan Kefahaman Berkait Pinjaman

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button