Auto TravelLuar Negara

Ajal Ikon Pemotoran Ken Block di cerun salji

IKON sukan pemotoran, Ken Block, 55, maut setelah terbabit dalam kemalangan kereta salji di Utah, Amerika Syarikat, pada pagi tadi

Tragedi malang itu berlaku ketika Block dikatakan sedang menunggang kereta saljinya di cerun yang curam.

Kemungkinan besar Block gagal mengawal kelajuan kereta salji itu yang secara tiba-tiba terbalik dan menghempap badannya.

Berita kematian ikon pemotoran itu itu disebarkan melalui media sosial, Instagram thehoonigans kira-kira tiga jam yang lalu.

“Dengan rasa kesal, kami mengesahkan bahawa Ken Block telah meninggal dunia dalam kemalangan kereta salji hari ini.

“Ken seorang yang berwawasan, perintis dan ikon. Dan yang paling penting, dia merupakan seorang ayah dan suami. Dia akan sangat dirindui” catat Instagram thehoonigans.

Melalui catatan tersebut juga meminta semua peminat Block agar menghormati privasi keluarga mendiang yang sedang bersedih atas kematiannya.

Untuk rekod, Block juga merupakan salah seorang pengasas reka bentuk jenama kasut DC Shoes dan pengasas bersama Hoonigan Industries.

Mendiang turut membintangi siri video pemanduan. Block meninggalkan isteri, Lucy dan tiga orang anak perempuan. – SM

Artikel berkaitan > Penonton pertandingan CCT Battle of Champion di Litar Dato’ Sagor meninggal dunia!

(Visited 332 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button