Hiburan

Ella saman penganjur festival guna gambarnya

RATU Rock Negara, Ella Aminuddin bercadang mengemukakan saman terhadap penganjur pesta makanan, Karnival Geggar Wanza Food Fest Mega yang diadakan di MTC Mall, Ayer Keroh, Melaka baru-baru ini kerana menggunakan gambarnya dalam poster acara mereka.

Dalam catatannya di Instagram semalam, Ella berkata, dia tidak dapat menghadiri festival itu, namun penganjur tetap meletakkan gambarnya dalam poster tanpa kebenarannya.

“Saya amat kesal dengan tindakan penganjur Karnival Geggar Wanza Food Fest Mega yang berlangsung di MTC Mall, Ayer Keroh, Melaka dari 23 hingga 31 Disember lalu,” catat Ella di IGnya.

Kata Ella, “Saya juga ingin mengingatkan semua artis dan peniaga yang mengambil bahagian dalam acara yang sama supaya tidak ditipu oleh penganjur yang tidak bertanggungjawab yang menggunakan imej kami tanpa kebenaran kami untuk meningkatkan jualan dan pelanggan.”

Ella berkata, dia dan syarikat pengurusannya, Ben Jawi Ventures telah meminta nasihat peguam untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap penganjur festival itu atas perbuatan tidak bertanggungjawab mereka. – SM

(Visited 165 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button