JenayahKemalangan

Ajal dihempap pokok pinang

MALANG tidak berbau. Benarlah seperti kata pepatah Melayu. Seorang pengawal keselamatan sekolah matu akibat dihempap sebatang pokok pinang yang patah dalam kejadian ribut di Kampung Relang, Batu Kurau, Taiping, semalam.

Ketua Polis Daerah, ACP Osman Mamat berkata, ketika kejadian, mangsa yang dikenali sebagai Hamize Abu Bakar, 58, sedang menunggang motosikal untuk pulang ke rumahnya ekoran keadaan cuaca mendung dan angina kencang pada kira-kira pukul 1.50 tengah hari.

Beliau berkata, polis yang menerima laporan berhubung kejadian itu melalui  MERS 99, telah bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati, mangsa terbaring berhampiran motosikalnya.

Petugas kesihatan yang tiba membuat pemeriksaan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia akibat kecederaan pada bahagian kepala kerana dihempap pokok pinang, katanya.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat. – SUMBER BERNAMA – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button