Ekonomi

AirAsia cadang tukar nama

KUALA LUMPUR : Air Asia Group Bhd mencadangkan untuk menukar namanya kepada Capital A Bhd, tertakluk kepada kelulusan pemegang saham pada mesyuarat agung yang akan diadakan pada tarikh yang akan diumumkan kemudian.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Isnin (3 Jan), syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata cadangan nama “Capital A Bhd” telah diluluskan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan dikhaskan oleh syarikat itu pada 28 Dis 2021.

“Satu pekeliling kepada pemegang saham dengan butirancadangan pertukaran nama akan dikeluarkan kepada pemegangsaham dalam masa terdekat. Cadangan pertukaran nama, jikadiluluskan oleh pemegang saham, akan berkuat kuasa dari tarikh pengeluaran Notis Pendaftaran Nama Baharu oleh SSM kepada syarikat itu,” katanya.

(Visited 391 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button